adakah anda sudah solat???

doa adalah senjata mukmin

cer klik....

Showing posts with label geng islam. Show all posts
Showing posts with label geng islam. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

Ucapan Tuan Guru Nik Aziz

Petikan Ucapan Tuan Guru Nik Aziz.

Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.

"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,"

Surat Untuk Mufti

Y.Bhg. Al Fadzil Sohibul Samahah;

MEMOHON PENJELASAN MENGIKUT HUKUM ISLAM TERHADAP DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE TIANG SERI RUMAH YANG BERUNSUR SYIRIK

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik perhatian Y.Bhg. Al Fadzil Sohibul Samahah terhadap perkara yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar yang menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap perbuatan tersebut.

Saya mewakili DPPN Pk, umat Islam di negeri Perak khasnya dan umat Islam di Malaysia amnya melihat perbuatan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong adalah berunsur syirik. Pada majlis tersebut, telah diadakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.

Bersama-sama ini juga disertakan bahan untuk dinilai pihak Y.Bhg. Al Fadzil Sohibul Samahah iaitu gambar-gambar (www.pemudapasperak.com) dan melihat sendiri video majlis tersebut (http://www.youtube.com/watch?v=TT3vrpD3Les).

Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Al Fadzil Sohibul Samahah di dalam perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan Y.Bhg. Al Fadzil Sohibul Samahah agar dapat memperjelaskan kepada rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut. Pihak kami meminta sama ada Y.Bhg. Al Fadzil Sohibul Samahah mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Saya yang benar,


Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.




PAS atau UMNO????

Dalam ambang pilihan raya ini, saya merasa terpanggil untuk mencoretkan beberapa pendapat tentang dua parti terbesar di negara kita. Tulisan ini hanyalah sebagai ulasan dan pendapat penulis. Bukan untuk memburukkan mana-mana pihak dan sebagai panduan kepada semua dalam memilih pemimpin kita dalam pilihanraya pada  nanti.Apa bezanya PAS dan UMNO?UMNO ibarat layang-layang putus tali, Nampak bebas ke atas ke bawah dan kiri ke kanan, Akhirnya layang-layang ini akan jatuh ke sungai atau merempuh pokok dan musnah. PAS mempunyai tali yang terikat dengan Allah, Tali ini ialah tali taqwa. Ia nampak seperti tidak bebas, tetapi ia tetap selamat. Dengan ikatan itu, ia dinaikan di awal petang dan ditarik turun di awal pagi, Ia disimpan dan dinaikan semula dengan selamat sampai bila-bila. Demikianlah PAS berbanding UMNO/BN. Satu parti yang tidak bertunjang, tidak berpancang dan tidak bertali. Inilah parti kebangsaan yang sama-sama kita hadapi dalam Pilihanraya Umum (PRU) kali ini. Pilihlah dengan cermat demi keselamatan dunia dan akhirat

beza PAS dan UMNO

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.
Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

Monday, November 8, 2010

Ikut sunnah

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)

"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi)

Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)

"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)

"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)

"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati" (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI" (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)

Sunday, November 7, 2010

warna rambut???

Mewarna rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.   Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja

Friday, November 5, 2010

APA YANG HALAL

Makanan ‘E-Codes’, Halal ???

Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu. Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian keatas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu. Kepada sesiapa yang belum pernah membaca email tersebut, korang boleh baca di sini...

Baru-baru ini, cerita mengenai bahan campuran makanan ‘E-Codes‘ ini sekali lagi tersebar dan menjadi salah satu isu dinegara kita. Ini bermakna sudah lebih kurang 3 tahun, kes mengenai kandungan campuran makanan bertanda ‘E -Code‘ masih menjadi tanda tanya kepada kita sebagai seorang pengguna. Malah ada yang menuding jari mempertikaikan tugas JAKIM dan tidak kurang juga yang mempertikaikan status negara kita sebagai Negara Islam. Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi.

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920

Walaubagaimana pun, agak menghairankan juga bila makanan ringan yang banyak terdapat dipasaran dikatakan mempunyai campuran lemak babi gara-gara mempunyai bahan campuran salah satu dari kod diatas. Sedangkan makanan ringan tersebut mempunyai logo ‘Halal JAKIM’. Disebabkan rasa ragu mengenai isu ‘E-Codes‘ ini, saya telah mengambil keputusan untuk membuat ‘research’ mengenai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi ini. Antara yang saya temui adalah salah satu aduan yang dibuat di laman web Portal E-Halal mengenai email Dr. M. Anjad Khan pada tahun 2007 yang lalu.


Logo Halal JAKIM
Menurut pihak JAKIM mengenai kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:

Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.


E110: dari sumber chemical


E120: dari summer serangga


E140: dari sumber tumbuhan


E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet


E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.


E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.


E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.


E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.


E234: Nisin; dari sumber microbe.


E280: Propionic Acid dari sumber chemical.


Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:


Bahan pewarna E153: carbon black.. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan Emulsifier


E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf bahan-bahan kritikal tersebut akan diperiksa dahulu sebelum disahkan halal. Pihak JAKIM nasihat kepada pengguna islam yang bijak agar memilih makanan yang mendapat pengesahan halal JAKIM atau badan-badan islam yang diikhtiraf.


Manakala dibawah ini pula, adalah jawapan dari pihak UKM mengenai isu ini pada 9 Dec 2009.


Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “diomong-omongkan” dengan perkara sebegini.


Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh musuh-musuh Islam.


Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan. Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).


Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.


Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.


Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.


Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.


Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).


Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya.


Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). DiMalaysia , kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan.


Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.


Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan..


School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
mamot@ukm.my


Pihak TV3 juga tidak ketinggalan membuat liputan mengenai isu ‘E-Codes’ ini dalam rancangan ‘360, Episode 49‘ yang telah pun disiarkan pada malam tadi. Untuk mengetahui apa kata pihak JAKIM dalam rancangan 360, korang boleh tengok video dibawah ini…






Record your screencast onlineSelain isu ‘E-Codes‘, 360 juga telah merungkai isu barangan yang diperbuat dari bulu babi, makanan Cina ‘Bahkuteh’ yang mempunyai tanda halal, dan kisah peniaga lori bergerak Indonesia bertudung yang menjual rojak dan air di KL sebenarnya dimiliki oleh bukan Islam. Lantaran terdapatnya ‘Tokong’ dihadapan rumah Si Peniaga.


Baiklah, melihat bukti-bukti diatas, dapatlah saya menarik nafas lega kerana segala yang diberitahu mengenai ‘E-Codes‘ yang mempunyai lemak babi itu ada percanggahannya. Walaubagaimana pun, jika kita di izinkan Allah S.W.T untuk melanjutkan pelajaran atau melancong ke luar negara, perlulah di ingat mengenai ‘E-Codes‘ ini agar kita tidak termakan makanan yang tak sepatutnya kita makan…


Akhir kata, SALAM TAHUN BARU ‘MAAL HIJRAH 1431′ DARI SAYA BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN YANG SUDI MENJENGUK BLOG PICISAN INI. DIHARAPKAN KITA SAMA-SAMA DAPAT MEMPERBAIKI DIRI DARI SEMASA KE SEMASA PADA TAHUN BARU INI… Terima Kasih~


Reference;


TV3, ’360′ 2009: Episod 49


Aduan: Portal E-Halal


Jawapan UKM: Berita Harian Online

Wednesday, October 27, 2010

Boikot Israel

RAMALLAH, Rabu, 26 Oktober – Sebuah organisasi yang dikenali sebagai “Breaking the Silence (BtS)”, pertubuhan bukan kerajaan yang beroperasi di Israel, mendedahkan skandal terbaru tentera Israel dengan mendedahkan lagi gambar yang menunjukkan perilaku tentera Israel yang memalukan, kejam, dan sadis terhadap warga Palestin.
Tiga minggu sebelum ini satu klip video yang menunjukan tentera Israel menari  ketika seorang wanita Palestin terikat pada Disember 2007 dibongkarkan, telah membangkitkan kecaman yang meluas.

Dua bulaln lalu BtS mendedahkan gambar tentera Israel beraksi di samping tahanan Palestin yang diikat dan dipenjara. Beberapa gambar menunjukkan pasukan Israel beraksi di sebelah tubuh warga Palestin yang telah terbunuh. Dalam beberapa kes, tentera Israel tersenyum kepada kamera yang mengambil  gambar mereka.

Gambar yang baru ditemui nampaknya telah diambil ketika perang Israel terakhir di Gaza, ketika operasi Perang Case Lead yang tercetus pada 27 Disember 2008. Operasi selama 23 hari, itu telah meragut nyawa 1,500 warga Palestin dan,5.600 lagi tercedera, ListeRead phoneticallydemikian kenyataan Yehuda Shaul, salah seorang pengasas Breaking Silence’s.
Foto-foto menunjukkan askar berada di rumah-rumah Palestin yang diduduki oleh tentera Israel.
“Dalam salah satu gambar, dua tentera menahan seorang lelaki sementara mata lelaki itu ditutup dan diikat, sementara salah seorang daripada mereka mengacukan laras senapangny beberapa sentimeter dari wajah lelaki Palestin yang ditahan.”
Gambar lain menunjukkan tentera Israel berdiri di dapur namun wanita Palestin yang berada di dapur itu tidak mengendahkan tentera itu. Askar lain dipaparkan berehat di dalam rumah, sementara salah seorang daripada mereka duduk di sebuah kereta mainan. Dalam foto yang lain, seorang askar dilihat sedang melakar bintang David di dinding dan menulis di atasnya dalam bahasa Ibrani: “akan kembali”.
Yehuda Shaul berkata: “Ini adalah sikap norma tentera Israel di tempat mereka dalam mengendalikan kehidupan awam setiap hari.”
“Bersenang-senang di hadapan para tahanan merupakan fenomena biasa dan kami mempunyai beberapa lagi gambar mereka. Ini adalah kenyataan dan sifat penjajahan, “tambahnya. (pic/ynet/pnn)



Tuesday, October 26, 2010

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.
Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan, suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).

PASTI Kawasan Batu Gajah mempunyai 3 buah Pasti .
  1. Pasti Al-Amin,No 7 Laluan Mewah Indah 5,Taman Mewah Indah,31000 Batu Gajah.(Mulai 2000)

    Guru dan Murid 2010

    Pasti Al-Amin
  2. Pasti Ar-Rahmaniah, No 7, laluan Desa Tronoh 4, Taman Desa Tronoh 31750 Tronoh..(Mulai 2000)

    Guru dan Murid 2010

    Ar-Rahmaniah 2010

    Pasti Ar-Rahmaniah
  3. Pasti Al-Masyhor, No 31 Laluan Bg Perdana 26,Taman Batu Gajah Perdana,31550 Pusing.(Mulai 2008)

    Al-Masyhor 2010

    Guru dan Murid 2010

    Al-Masyhor 2008
Telefon 013-4001544 En. Shahori,Pengurus Pasti Kawasan….

insya ALLAH pasti boleh

Berhati2lah sblm register anak masuk tadika, berkorbanlah sedikit,carilah yg dapat menjamin masa depan Islam dan keluarga kita sendiri.Saya menghantar anak saya ke PASTI. Terperanjat apabila setahun di PASTI, beliau sudah pandai bacaan-bacaan dalam solat, kira dah pandai solatlah,lega rasanya

Semoga kita semua dilindungi Allah, dunia dan akhirat..Amin

Fw: Kisah tadika...disebalik nama SmartKids

Assalamu'alaikum saudara/saudari sekelian.

Diharap dapat mengesan jika anak-anak saudari belajar di Tadika Smartkids sekarang ini di tukar nama k epa da JC Kindergard (JC maksudnya Jesus Christ) ini diakui sendiri oleh pemilik ini.

Juga pemilik k/gerten ini beritahu bahawa ia (tadika) ini milik syarikat Singapura yang mengembangkan modulnya di Malaysia .

Tujuan saya mengutarakan isu ini berbangkit daripada seorang guru melayu Islam di k/garten ini yang memberitahu bahawa beliau dibayar gaji sebanyak RM900 sebulan. Tetapi, di tempat beliau mengajar, beliau ditekan dan dipaksa menganut agama kristian.

Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sebelum berhenti kerja, beliau diugut dengan kata 'nak ambil nyawa seorang bukan susah sangat'.
Perkara ini telah dilaporkan ke Jabatan Agama Islam untuk tindakan selanjutnya.

Oleh itu, saudari sedarlah jika guru itu seorang dewasa dipaksa berbuat demikian, bagaimana pula anak-anak kita yang masih kecil yang menelan semua pesanan, ajaran ajakan guru di situ dan bagaimana pula dengan guru yang lemah imannya kerana gajinya boleh tahan dgn kerja sebagai guru tadika.

Zaman sekarang mcm2 cara digunakan utk menyesatkan kite org islam.

Maka kita kena extra precaution. Takut lah! gerakan2 diorang ni dapat sponsor yg besar dari badan2 tertentu.

waktu pagi sebelum masuk kelas

waktu pagi murid2 bersenam dan membaca doa serta surah2 pendek

marilah berdoa bersama