adakah anda sudah solat???

doa adalah senjata mukmin

cer klik....

Wednesday, February 9, 2011

KAHERAH - Peluru gas pemedih mata yang ditembak polis antirusuhan Mesir yang bertujuan menghalau peserta demonstrasi jalanan di negara yang kini dilanda rusuhan itu ternyata adalah buatan Amerika Syarikat.

Para penunjuk perasaan menghantar sejumlah foto kelongsong peluru yang diambil dari Dataran Tahrir di Kaherah kepada ABC News.

Menurut label yang tertera di kelongsong tersebut, pengilang gas pemedih mata itu adalah Combined Systems International dari Jamestown, Pennsylvania.

Di halaman internetnya, syarikat tersebut mendakwa menjual ‘senjata tidak mematikan’ kepada negara-negara asing, tanpa secara khusus menyebut nama Mesir.

Ketika cuba menghubungi ABC News untuk meminta keterangan, jurubicara syarikat tersebut tidak dapat dihubungi.

Amerika Syarikat menyumbangkan pembiayaan tentera sebanyak 1.3 bilion dolar pada tahun ini untuk Mesir.

Menurut anggaran yang diajukan Jabatan Luar Negara untuk tahun 2010, dana bantuan tersebut digunakan untuk membantu memperkuat dan memodenisasikan angkatan bersenjata Mesir.

Warga Mesir yang turut serta dalam demonstrasi jalanan berkata kepada ABC News bahawa bukti AS membuat gas pemedih mata tersebut menghantar sebuah isyarat yang kuat.

Kerajaan Obama dikhabarkan memberikan sokongan terhadap para pemimpin rusuhan yang berlaku di Mesir.

Dalam pada itu dinyatakan juga, Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kaherah membantu seorang tokoh pembangkang menghadiri sebuah persidangan aktivis di New York yang ditaja AS tetapi merahsiakan identitinya daripada polis Mesir.

Ketika pulang ke Kaherah pada Disember 2008, aktivis berkata kepada para diplomat AS bahawa perikatan kumpulan-kumpulan pembangkang telah menyusun rancangan untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak dan menubuhkan kerajaan baru pada tahun 2011.

Mulai saat itu, pegawai keamanan Mesir mula menangkap tokoh-tokoh pembangkang yang ada hubungan dengan demonstrasi. Namun identiti para aktivis tidak didedahkan.

Perkara itu terbongkar apabila terdapat dalam dokumen diplomatik rahsia AS yang dikeluarkan laman Wikileaks menunjukkan bahawa para pegawai AS menekan kerajaan Mesir untuk membebaskan tokoh-tokoh pembangkang lain yang ditahan polis. Presiden Mubarak, yang menghadapi cabaran terbesar terhadap pemerintahannya selama 31 tahun, memerintahkan anggota tentera turun ke jalan-jalan raya di Kota Kaherah ketika rusuhan berlaku di Mesir.

Polis menembak peluru getah dan gas pemedih mata serta menggunakan meriam air untuk membubarkan penunjuk perasaan.

Mohamed El Baradei, pemimpin proreformasi dan pemenang anugerah Nobel Keamanan, dikenakan tahanan rumah setelah pulang ke Mesir dan bergabung dengan gerakan antikerajaan.

Rusuhan juga berlaku di Suez, Alexandria dan bandar-bandar besar lain di seluruh negara tersebut.

No comments:

Post a Comment


marilah berdoa bersama