adakah anda sudah solat???

doa adalah senjata mukmin

cer klik....

Saturday, January 22, 2011

kak umi... al fatihah

11 Safar 1432 H – Sabtu, 15 Januari 2011

Jam 3.50 petang kami menerima suatu berita sedih. Hajah Asmah Tukiran, mantan Timbalan Pengerusi MGP Malaysia dan mantan Pengerusi MGP Perak telah meninggalkan kita buat selama=lamanya.
ALlahyarhamah meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang di wad ICU Pusat Perubatan Pantai Puteri, Ipoh setelah terjatuh di rumahnya pagi tadi.
Semoga keluarganya tabah dan sabar menerima ketentuan ALLah ini. Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia merakamkan ucapan takziah dan amat bersimpati dengan pemergian ALLahyarhamah. Budi dan jasanya tetap terpahat di dalam ingatan setiap warga PASTI. Moga ALLah masukkan roh ALLahyarhamah ke dalam golongan hambaNya yang beriman, para syuhada’ wal ‘amilin
Kenangan bersama ALLahyarhamah  sewaktu perasmian Rumah PASTI Perak

Kami tiba di rumah ALlahyarhamah jam 6.15 petang. Kami diberitahu bahawa jenazah akan tiba sebentar lagi. Kami menunggu hingga jenazah selesai dibaringkan di atas katil ruang tamu rumahnya.
Selepas itu kami bertahlil. Ustaz Latif, mantan Naib Ketua DPP Bagan Serai memimpin bacaan tahlil. Sayu hati mengaminkan doa Bahasa Melayu yang diucapkan oleh AF Ustaz Latif.
Selesai sesi itu kami mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengkembumian esok daripada suami dan menantu ALLahyarhamah. Kami beredar dari situ tepat jam 7.00 malam, Esok dengan izin ALLah kami akan ke sini lagi untuk menemankan Cikgu Azrin dan rombongan dari ibu kota.
Khemah hadapan rumah 
Ketibaan Jenazah
Usungan Jenazah
Tahlil Kami 
Doa Tulus kepada Ilahi
Ahad, 12 Safar 1423 H – 16 Jan. 2011
Rombongan kami tiba di rumah ALLahyarhamah tepat jaqm 10.00 pagi. Kami terus berjumpa suami Kak Umi dan menyampaikan ucapan takziah PASTI Malaysia kepada beliau sekeluarga.
Setelah berada di situ hampir satu jam, kami terpaksa ke Kuala Lumpur kerana ada urusan penting jam 2.00 petang nanti. Sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Malaysia telah disampaikan oleh Cikgu Azrin terus kepada suami ALLahyarhamah.
Cikgu Azrin bersama Suami Allahyarhamah
Ahli Ziarah Muslimin
Cikgu Azrin menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Malaysia kepada Suami ALlahyarhamah Hajah Asmah


No comments:

Post a Comment


marilah berdoa bersama