adakah anda sudah solat???

doa adalah senjata mukmin

cer klik....

Sunday, November 28, 2010

Yahudi

Jom Boikot Barangan Israel dan Yahudi

Kezaliman, kedajalan dan keganasan tentera Israel seolah-olah tiada penghujungnya. Isu Gaza, Baitulmaqdis dan Al-Aqsa bukan lagi isu perebutan wilayah Palestin, tetapi lebih kepada isu kemanusiaan. Sampai bila rakyat Palestin perlu hidup menderita? Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan. Tanah air mereka dijajah dan rumah-rumah mereka dibom. Mereka kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata. Gaza pula mengalami sekatan oleh Isreal yang berkomplot dengan pemimpin-pemimpin Mesir. PBB yang diharapkan hanya mampu menjadi boneka, seperti boneka yang dijual di kedai dua ringgit. Langsung tak berguna. Pemenang Novel Keamanan, Barrack Obama? Dua kali lima dengan PBB.
Kita harus bertindak. Israel akan menjadi lemah jika majoriti penduduk dunia terutamanya orang Islam memboikot semua barangan atau produk Israel/Yahudi. Setiap sen hasil jualan barangan Israel/Yahudi mungkin disalurkan kepada tentera Israel yang digunakan untuk membeli peluru dan menembak penduduk Palestin. Inilah usaha yang mampu kita buat untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas. Walaupun sumbangan kita kecil, mungkin impaknya lebih besar daripada apa yang kita fikirkan. Sekurang-kurangnya kita berikhtiar untuk melemahkan kebatilan tentera Israel Laknatullah.

Thursday, November 18, 2010

Petua

MENU PETUA KESIHATAN 1

01- Masalah kencing tidak lawas Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.

[Kembali Ke Menu Petua]
02- Bibir Merekah
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

[Kembali Ke Menu Petua]
03- Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

[Kembali Ke Menu Petua]
04- Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

[Kembali Ke Menu Petua]
05- Merawat Sakit Tekak Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

[
Kembali Ke Menu Petua]
06- Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

[
Kembali Ke Menu Petua]
07- Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.

[
Kembali Ke Menu Petua]
08- Menurunkan panas badan
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.

[
Kembali Ke Menu Petua]
09- Manfaat Air Nenas
Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.

[
Kembali Ke Menu Petua]
10- Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

[
Kembali Ke Menu Petua]
11- Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

[
Kembali Ke Menu Petua]
12- Sembuhkan luka selepas bersalin
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.

[
Kembali Ke Menu Petua]
13- Legakan Sakit Kepala
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

[
Kembali Ke Menu Petua]
14- Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.

[
Kembali Ke Menu Petua]
15- Hilangkan Lemak
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.

[
Kembali Ke Menu Petua]
16- Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.

[
Kembali Ke Menu Petua]
17- Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.

[
Kembali Ke Menu Petua]
18- Melangsingkan badan.
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

[
Kembali Ke Menu Petua]
19- Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

[
Kembali Ke Menu Petua]
20- Khasiat bawang putih.
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.

[
Kembali Ke Menu Petua]

cikgu


Suatuhari di dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan pada murid murid nya"Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekorlagi tinggal diatas pokok?"

lalu seorng anak murid yg bernama Adik Mat angkat tangan dan jawab:
"Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."kata Mat..

"Salah!Jawapannya tentulah 2 Mat, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu sukacara kamu berfikir". maka tamat lah kisah pertama... ..

Setelah habis kelas, Cikgu pun membelanja la Adik Mat makan aiskrim. lalu Adik Mat tetiba bertanya,

"Cikgu2,ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semuasekaligus, satu lagi gigit sikit2,dan satu lagi jilat keliling dulu dankulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin,yang mana satu cikgu?"

emmmeeerrrrr... .Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. Cuba berlagakneutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrimsampai habis tu kot".

lalu adik mat menyamput"Salah cikgu,sebenarnya yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin cikgu. Tapitakpe, saya suka cara cikgu berfikir"

Wednesday, November 17, 2010

Ucapan Tuan Guru Nik Aziz

Petikan Ucapan Tuan Guru Nik Aziz.

Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.

"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,"

Surat Untuk Mufti

Y.Bhg. Al Fadzil Sohibul Samahah;

MEMOHON PENJELASAN MENGIKUT HUKUM ISLAM TERHADAP DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE TIANG SERI RUMAH YANG BERUNSUR SYIRIK

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik perhatian Y.Bhg. Al Fadzil Sohibul Samahah terhadap perkara yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar yang menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap perbuatan tersebut.

Saya mewakili DPPN Pk, umat Islam di negeri Perak khasnya dan umat Islam di Malaysia amnya melihat perbuatan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong adalah berunsur syirik. Pada majlis tersebut, telah diadakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.

Bersama-sama ini juga disertakan bahan untuk dinilai pihak Y.Bhg. Al Fadzil Sohibul Samahah iaitu gambar-gambar (www.pemudapasperak.com) dan melihat sendiri video majlis tersebut (http://www.youtube.com/watch?v=TT3vrpD3Les).

Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Al Fadzil Sohibul Samahah di dalam perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan Y.Bhg. Al Fadzil Sohibul Samahah agar dapat memperjelaskan kepada rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut. Pihak kami meminta sama ada Y.Bhg. Al Fadzil Sohibul Samahah mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Saya yang benar,


Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.




Telinga


Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun
cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang
yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga
orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon
pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir
temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.


"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada
telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan
jawapan itu, Johan mengusirnya
keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman
bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama
tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada
calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan
tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan
dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir
adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia
telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia
hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan
gelihatinya lalu ketawa besar hingga
jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai
cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh!
Huargh! Huargh! Huargh!"

gambar tuk guru di MEKAH

Gambar Tuan Guru Nik Aziz di Tanah Suci Mekah. Untuk makluman semua, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, telah berangkat ke tanah suci bersama-sama dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V menunaikan ibadah Haji.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Shukri Mohamad, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Sultan Muhammad Ke-V dan Tuan Guru dijadualkan berangkat pulang ke negara ini pada 23 November nanti.

Semoga Tuan Guru dan Sultan Kelantan beserta semua rombongan memperoleh Haji yang Mabrur. Sama-sama kita doakan mereka selamat pergi dan selamat pulang serta disertakan dengan kesihatan yang baik.












Source: Gambar Tuan Guru Nik Aziz di Tanah suci

Bantah APCO di Ipoh

PAS hari ini menganjurkan beberapa siri perhimpunan secara aman

jumaat, April 16, 2010

  di beberapa lokasi bagi mendesak kerajaan menamatkan kontrak syarikat perunding perhubungan media, Apco Worldwide yang didakwanya terbabit dengan ciptaan gagasan 1Malaysia yang menyerupai gagasan One Israel.
Laungan "Undur Apco" dan "Hancur Israel" bergema di perkarangan masjid Kampung Baru, di Kuala Lumpur hari ini. 

Lebih 200 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini yang diadakan selepas solat Jumaat.

Menurut Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, kerajaan tidak wajar mengambil Apco dan Asiasoft Malaysia sebagai penasihat dan perunding.

“Malaysia tidak ikhlas membantu Palestin menentang Israel. Bagaimana mereka boleh menggunakan perkhidmatan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel,” katanya pada ucapannya.

K
amaruzaman mendakwa Airsoft Malaysia sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel mempunyai akses ke atas sistem keselamatan Malaysia menerusi projek sistem komputer dengan Polis Diraja Malaysia.

“Ini jelas pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat,” katanya.

Mereka juga membawa sepanduk yang tertera “Tamatkan Apco” dan “Jahanam Israel”.

Turut hadir pada perhimpunan ini Ketua Pemuda PAS, Suhaimi Abdul Aziz dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ustaz Shafie.

Oran
g ramai kemudiannya bersurai secara aman pada jam 2:15 petang.

Perhimpunan yang sama juga diadakan di pekan Kulim Bandar-Baru, dengan kehadiran lebih 200 orang.

Demonstrasi ini diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kulim Bandar-Baru Mohamad Khairi Saleh and Ketua Pemuda Padang Serai Abu Tolib Yahaya

Ia berlangsung selama kira-kira 15 minit dan mereka terpaksa bersurai apabila hujan lebat.

Antara kain rentan
g dan sepanduk yang dibawa berbunyi “Tidak kepada Apco dan Tidak kepada Asiasoft” dan “Bersama Menjaga Kedaulatan Negara”.

Selain itu, ahli-ahli PAS juga mengedarkan seribu risalah kepada orang ramai supaya menyokong tuntutan syarikat berkenaan ditamatkan.

Pemimpin mereka kemudiannya menuju ke balai polis untuk membuat laporan supaya kerajaan menyiasat perkara itu dan bertindak.

Di Ipoh, Pemuda PAS Perak menuntut kerajaan memulangkan kepada rakyat, wang RM77 juta yang diberikan kepada Apco Worldwide sebagai bayaran khidmat rundingannya.
Ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamuruddin berkata pembaziran wang rakyat itu sepatutnya dibayar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wangnya sendiri.

Katanya, wang RM77 juta yang dibelanjakan untuk mengagung-agungkan Najib sepatutnya digunakan untuk membina rumah, membekalkan bekalan air paip serta elektrik kepada ribuan rakyat miskin di negara ini.

“Ahli Umno adalah pengkhianat bangsa dan juga Islam kerana pembabitan mereka dengan syarikat yang berkaitan dengan Israel,” katanya.


Nota: Semua gambar di atas adalah dirakamkan di Ipoh, Perak

Berita Dan Gambar pemimpin Islam

GUA MUSANG, 29 Okt: Kehadiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama calon PAS Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamed ke Hospital Gua Musang pagi tadi mengejutkan banyak pihak termasuk pesakit.
Ramai pesakit terkejut dengan kehadiran Menteri Besar pada jam 8.45 pagi dan sempat melawat pesakit di wad dengan ditemani pegawai perubatan.


Malah pada kesempatan itu juga beliau dan Dr Zul menziarahi anak seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada awal pagi.

Tuan Guru tidak sempat hendak menziarahi lebih ramai pesakit kerana terpaksa bergegas pulang bagi menghadiri program penutup Pesta Air Kelantan di Kota Bharu pada sebelah petang.
Dr Zul ketika ditemui berkata, beliau melahirkan rasa terharu di atas sokongan padu seorang ulama terkenal ketika saat-saat genting bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas pada 4 November ini.
“Saya amat terharu di atas sokongan Tok Guru yang sanggup berulang alik dari Kota Bharu ke Gua Musang. Saya sangat terharu di atas komitmen tinggi beliau biar pun dalam keadaan kepenatan namun tetap datang ke sini,” katanya.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberitahu kehadirannya ke hospital dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana menziarahi pesakit sedikit sebanyak dapat meredakan perasaan mereka.
“Ajaran Islam sendiri amat menuntut umatnya menziarahi sesiapa sahaja yang sakit dan kalau ada kematian, kita juga disuruh membantu keluarga tersebut sehinggalah ke tanah perkuburan,” ujar beliau.

Selepas lawatan tersebut beliau bergegas ke RPT Sungai Terah menghadiri program Cakna Rakyat kemudian menunaikan solat di Masjid Batu Papan.
Pada sebelah petang menziarahi kematian seorang penduduk. Manakala sebelah malam menghadiri ceramah di Markas Penerangan dan Pasti Lepan Tupai.
 

PAS atau UMNO????

Dalam ambang pilihan raya ini, saya merasa terpanggil untuk mencoretkan beberapa pendapat tentang dua parti terbesar di negara kita. Tulisan ini hanyalah sebagai ulasan dan pendapat penulis. Bukan untuk memburukkan mana-mana pihak dan sebagai panduan kepada semua dalam memilih pemimpin kita dalam pilihanraya pada  nanti.Apa bezanya PAS dan UMNO?UMNO ibarat layang-layang putus tali, Nampak bebas ke atas ke bawah dan kiri ke kanan, Akhirnya layang-layang ini akan jatuh ke sungai atau merempuh pokok dan musnah. PAS mempunyai tali yang terikat dengan Allah, Tali ini ialah tali taqwa. Ia nampak seperti tidak bebas, tetapi ia tetap selamat. Dengan ikatan itu, ia dinaikan di awal petang dan ditarik turun di awal pagi, Ia disimpan dan dinaikan semula dengan selamat sampai bila-bila. Demikianlah PAS berbanding UMNO/BN. Satu parti yang tidak bertunjang, tidak berpancang dan tidak bertali. Inilah parti kebangsaan yang sama-sama kita hadapi dalam Pilihanraya Umum (PRU) kali ini. Pilihlah dengan cermat demi keselamatan dunia dan akhirat

beza PAS dan UMNO

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.
Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

Ibadah Qurban

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
  • Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya

Tuesday, November 16, 2010

HARI RAYA AIDILADHA

Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
Pengenalan

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Monday, November 15, 2010

Kisah Haji Mabrur

- kisah haji yang mabrur -

Perbincangan Dua Malaikat....

Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit. Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi :

"Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?"
Berkata malaikat yang seorang lagi : "Enam ratus ribu orang."

Bertanya malaikat yang bertanya :"Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu berapakah yang diterima haji mereka?"

Berkata malaikat yang menjawab : "Di antara 600,000 ribu itu hanya seorang sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq dia tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut, dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan haji diterima."

Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera dia berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari tukang kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari rumah tukang kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut itu,maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari dalam.

Abdullah bertanya lelaki itu : "Apa nama saudara." Berkata lelaki itu :"Nama saya Muwaffaq." Abdullah bertanya : "Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?"

JawabMuwaffaq : "Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara mendadak aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat untukberhaji pada tahun ini.

"Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam), lalu aku pergi ke rumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya."

Jiranku itu berkata : "Oleh kerana kamu tidak tahu keadaanku maka aku terpaksa memberitahumu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan akubertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu."

Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang ke rumah dan mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu aku berikan kapada wanita itu danaku katakan kepadanya : "Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu. Dan aku berkata pada diriku : Hajiku di muka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka kemanakah aku akan pergi."

Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi ia memandang pada niat yang suci.

Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga."

Sabda Rasulullah SAW : "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi : "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?"

Sabda Rasulullah SAW :
"Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu."

Sunday, November 14, 2010

Antara loghat utara dan pantai timur


Antara loghat utara
dgn loghat pantai timur,
yg mana lebih munasabah?
jawapannya loghat pantai timur..
cuba perhatikan dialog dibawah..

bahasa malaysia standard:"dia pergi ke rumah jiran
utk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

loghat utara:"dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

loghat pantai timur:"dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"

kesimpulan:tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe..

Ihtifal Pasti Batu Gajah


Syukur Alhamdulillah ihtifal pasti kawasan Batu Gajah perak telah selesai untuk tahun ini.Majlis telah diadakan pada 14NOV bertempat di dewan sri Pengkalan,Taman sri Pengkalan Pusing Perak

SU PAS Batu Gajah En.Razman sedang menolong membersihkan kawasan selepas majlis selesai... 

anak2 pasti sedang menunggu giliran untuk persembahan,penyampaian hadiah dan sijil

SU semangat menyampaikan sijil...




 bakal pemimpin islam insya ALLAH

Antara tetamu yang hadir
Bersama YDP Pas Batu Gajah dan tetamu

Saturday, November 13, 2010

bapa dan anak

Terdapat dua beranak, yang sorang bapak,dan sorang lagi tu anaknya. Mereka berdua ni selalu berbohong apabila mengatakan sesuatu. udah ramai la penduduk sekampung yang jadik mangsa pembohongan mereka berdua.

Lama kelamaan, mereka berniat untuk insaf dari perbuatan mereka. Mereka telah bertemu dengan seorang bomoh dan bertanyakan bagaimana cara menghilangkan tabiat burok mereka tuh. Bomoh pon bagitau la mereka supaya menuju ke satu bukit, dan naik ke puncak air terjun, kemudian terjunlah ke bawah, moga-moga ia dapat menyembuhkan penyakit mereka.

Mereka berdua pun menuju la ke air terjun. Sampai di tempat berkenaan, masing-masing takut untuk terjun ke bawah...setelah hampir 10 minit, si bapak pon sanggup untuk terjun dahulu. lalu terjunlah dia. Si anak mula panik kerana bapaknya tak timbul-timbul. Setengah jam kemudian, barulah bapaknya naik dan menghampiri anaknya.

Anak : Kenapa lama sangat pak?
Bapak : Bapak jumpa kawan kat bawah, dia ajak minum kopi dulu kat warung tu. Apa lagi kamu tunggu tuh, terjun jer lah.

Si anak pon terjunlah, dan sekejap saja timbul ke permukaan dan menghampiri bapaknya.

Bapak : Hah,kenapa dengan benjol dahi kamu tu?
Anak : ini semua bapak punya pasal la. Bapak minum kopi tadi tak bayar. Dah tu saya pulak yang kena pukul.

majlis ihtifal pasti Taiping

Majlis Ihtifal PASTI Taiping

Monday, 18 October 2010 10:43 Firdaus
Print PDF



16 Okt. (Sabtu) Taiping; PASTI Kawasan Taiping hari ini telah berjaya menganjurkan Ihtifal PASTI bagi seluruh PASTI yang berada di Kawasan Taiping. Program tahunan ini sentiasa diadakan setiap tahun dan tahun ini Sekolah Al-Khairiah Al_Islamiah dipilih sebagai lokasi berlangsungnya Ihtifal 2010.
Ihtifal PASTI tahun ini melibatkan tujuh buah PASTI dan di antara pertandingan yang diadakan sepanjang majlis ini ialah pertandingan Nasyid, pidato/ sajak, bercerita, azan dan Hafazan. Menurut Pengarah program Ustaz Ali Ahmad yang juga merupakan Pengerusi PASTI Taiping program Ihtifal seperti ini akan berjaya mencungkil bakat anak-anak dalam acara yang di pertandingkan.
"PASTI merupakan pusat pendidkan awal yang terbaik untuk anak-anak. Ini dibuktikan dengan adanya progran Ihtifal seperti hari ini dimana bakat anak-anak yang belajar di PASTI akan akan dicungkil dan di asah sejak kecil lagi"
"Kita bukan sahaja memberi didikan awal melalui akedemik sahaja, bahkan kita melatih anak-anak PASTI agar sentiasa kedepan dalam apa jua bidang sebagai contoh melatih pemidato dengan cara pertandingan bercerita" Ustaz Ali.
Majlis Ihtifal PASTI Taiping dirasmikan oleh Yang di Pertua PAS Kawasan taiping Ustaz Fakhruddin Abd Aziz. Dalam ucapan penutup, beliau berterima kasih dan menghargai keprecayaan Ibu Bapa yang sentiasa memberi keyakinan untuk menghantar anak-anak mereka ke PASTI. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur Ihtifal kali ini.
"Yakinlah tuan-tuan dan puan-puan, anak-anak yang tuan puan yang di hantar ke PASTI InsyaAllah akan diberi didikan menjadi orang yang beriman kepada Allah swt serta berupaya mencapai pendidikan awal yang bertaraf tinggi" Ustaz Fakhruddin.
Rata-rata Ibu Bapa berpuas hati dengan penganjuran yang begitu sempurna dan mereka melahirkan rasa keyakinan bahawa PASTI akan lebih berjaya pada masa-masa akan datang.

Peserta sedang melakonkan sambil bercerita

Pertandingan Hafazan diadakan didalam surau

Kehadiran Ibu bapa menyerikan lagi majlis Ihtifal PASTI Taiping 2010

Pertandingan Nasyid

Pengadil memberi tumpuan kepada peserta

Ucapan penegerusi majlis

marilah berdoa bersama