Mengapa Takut PASTI dan TASKI |
KEMAS yang mempunyai pelajar lebih 200,000 orang diseluruh Malaysia merupakan usaha kerajaan bagi mendidik rakyat dengan acuannya sendiri sejak dari peringkat kanak-kanak lagi. Yuran bulanan serendah RM 12.00 sudah pasti dapat menarik ibu-bapa yang berpendapatan rendah bagi menghantar anak mereka ke Tabika KEMAS. Tetapi semenjak kewujudan Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) milik Angkatan Belia Islam Malaysia dan PASTI milik parti PAS, Tabika KEMAS semakin kurang mendapat sambutan terutama di bandar-bandar besar bahkan telah merebak ke kampung-kampung di seluruh Malaysia. Mengapa baru kini kerajaan sibuk memantau kegiatan TASKI dan PASTI. Adakah Tabika KEMAS dan Tadika Perpaduan sudah banyak ditutup kerana tidak lagi mendapat sambutan di kalangan Masyarakat?Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi melatih guru-gurunya bagaimana cara mendidik kanak-kanak. Sudah tentu penutupan Tabika KEMAS dan Tadika Perpaduan merupakan satu kerugian bagi kerajaan kerana itu petanda rakyat sudah tidak suka dengan cara dan sajian lama tabika-tabika di bawah kelolaannya. |
Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan Islam sebagai elemen terpenting
adakah anda sudah solat???
doa adalah senjata mukmin
cer klik....
Tuesday, October 26, 2010
TASKI dan PASTI
Labels:
anaksoleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment